Sabtu, 23 Mac 2013

PENCAPAIAN KESELURUHAN KEPUTUSAN SPM 2012

Post image for PENCAPAIAN KESELURUHAN KEPUTUSAN SPM 2012

PENCAPAIAN KESELURUHAN KEPUTUSAN SPM 2012

Seramai 15,793 calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun lalu memperoleh gred A bagi semua mata pelajaran yang diduduki, peningkatan 0.13 peratus berbanding 15,079 calon pada 2011. Seramai 13,721 daripada calon itu merupakan calon sekolah Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) yang meningkat daripada 12,970 calon tahun sebelumnya, dan 2,072 calon lagi ialah calon sekolah bukan KPM, yang mengalami penurunan berbanding 2,109 tahun sebelumnya.

Di samping itu, seramai 481 calon iaitu 438 calon sekolah KPM dan 43 calon sekolah bukan KPM berjaya memperoleh gred A+ iaitu Cemerlang Tertinggi bagi semua mata pelajaran yang diduduki. Seramai 844 calon berkeperluan khas menduduki peperiksaan SPM tahun lalu berbanding 662 calon pada tahun sebelumnya, iaitu pertambahan sebanyak 27.5 peratus.
Daripada jumlah itu tiga calon rabun dan dua calon lain-lain jenis kecacatan (Attention Deficit Disorder dan High Spectrum Autism) mendapat sekurang-kurangnya gred A- (Cemerlang) dalam semua mata pelajaran yang diduduki. Kejayaan lima calon berkeperluan khas ini menunjukkan bahawa semua calon, tanpa mengira kekurangan mereka, berpeluang untuk cemerlang dalam peperiksaan SPM.

Pencapaian keseluruhan calon turun sebanyak 0.04 mata berdasarkan indeks Gred Purata Nasional (GPN) yang mencatatkan 5.08 mata berbanding 5.04 mata tahun sebelumnya. Penurunan itu disebabkan bilangan mata pelajaran yang prestasinya menurun melebihi bilangan mata pelajaran yang prestasinya meningkat.

Berdasarkan GPN juga, pencapaian calon bandar menurun sebanyak 0.16 mata kepada 4.83 mata berbanding 4.67  mata tahun sebelumnya, manakala pencapaian calon luar bandar juga menurun 0.05 mata kepada 5.44 mata berbanding 5.39 mata tahun sebelumnya. Penurunan pencapaian calon luar bandar yang lebih kecil menyebabkan jurang pencapaian calon bandar dan luar bandar mengecil kepada 0.61 mata, berbanding 0.72 mata tahun sebelumnya.

Berdasarkan Gred Purata Mata Pelajaran (GPMP), prestasi 51 mata pelajaran meningkat, 54 mata pelajaran menurun dan tiga mata pelajaran kekal berbanding tahun sebelumnya. Dua daripada mata pelajaran yang meningkat ialah mata pelajaran teras iaitu Matematik yang meningkat 0.30 mata dan Pendidikan Moral yang meningkat 0.21 mata.

Prestasi mata pelajaran teras lain iaitu Bahasa Melayu, Pendidikan Islam, Sejarah, Sains dan Bahasa Inggeris pula menurun. Bagaimanapun seramai 229,009 atau 51.1 peratus calon yang menduduki Bahasa Inggeris (1119) SPM berjaya memperoleh Sijil GCE O-Level.

Bagi mata pelajaran elektif, 49 daripada 101 mata pelajaran menunjukkan peningkatan prestasi termasuk mata pelajaran elektif sains seperti Matematik Tambahan dan Kimia serta Biologi yang mencatat peningkatan signifikan sebanyak 0.33 mata, juga beberapa mata pelajaran elektif teknikal seperti Pengajian Kejuruteraan Mekanikal, Reka Cipta, Teknologi Kejuruteraan dan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT).

Mata pelajaran Prinsip Perakaunan juga menunjukkan peningkatan prestasi sebanyak 0.10 mata, dan daripada 78,612 calon yang menduduki Prinsip Perakaunan, seramai 48,193 atau 61.3 peratus layak menerima Sijil LCCI daripada Education Development International (EDI), United Kingdom.
Seramai 472,541 calon mendaftar untuk menduduki SPM 2012, pertambahan 0.8 peratus berbanding 468,808 calon tahun sebelumnya. Daripada jumlah itu, 415,530 merupakan calon sekolah KPM. Peperiksaan bertulis SPM 2012 dijalankan dari 5 Nov hingga 6 Dis tahun lalu, di 3,590 pusat peperiksaan, melibatkan 30,239 petugas dan 22,930 pemeriksa.

KPM turut menggunakan khidmat pakar pentaksiran dari luar negara termasuk daripada Cambridge International Examinations (CIE), United Kingdom, National Institute for Educational Measurement (Cito), Belanda dan Education Development International (EDI), United Kingdom, bagi memastikan peperiksaan itu mendapat pengiktirafan antarabangsa.

Senarai Ranking MRSM Terbaik Malaysia 2012 (Keputusan SPM 2012)

ranking mrsm terbaik

Keputusan SPM 2012 telah pun dikeluarkan. Terbaru, Mara telah pun mengeluarkan senarai ranking MRSM Terbaik Malaysia 2012 (Keputusan SPM 2012).

Bersama-sama dengan maklumat senarai MRSM terbaik Malaysia 2012, turut disertakan sekali adalah perbezaan pencapaian mengikut gred purata Maktab (GPM) pada tahun 2012 dan tahun 2011. Semakan rendah mata yang tercatat, semakin cemerlang keputusan akademik MRSM tersebut….

Senarai Ranking MRSM Terbaik Malaysia 2012 (SPM 2012)

  1. MRSM Tun Ghafar Baba, Melaka
  2. MRSM Taiping, Perak
  3. MRSM Langkawi, Kedah
  4. MRSM Pontian, Johor
  5. MRSM Pengkalan Chepa, Terengganu
  6. MRSM Kuantan, Pahang
  7. MRSM Tun Abdul Razak, Perak
  8. MRSM Alor Gajah, Melaka
  9. MRSM Pendang, Kedah
  10. MRSM Pasir Salak, Perak
  11. MRSM Baling, Kedah
  12. MRSM Batu Pahat, Johor
  13. MRSM Kuala Berang, Terengganu
  14. MRSM Transkrian, Kelantan
  15. MRSM Pengkalan Hulu, Perak
  16. MRSM Kepala Batas, Pulau Pinang
  17. MRSM Tumpat, Kelantan
  18. MRSM Mersing, Johor
  19. MRSM Tun Ghazali Shafie, Pahang
  20. MRSM Tawau, Sabah
  21. MRSM Balik Pulau, Pulau Pinang
  22. MRSM Betong, Pahang
  23. MRSM Mukah, Sarawak
  24. MRSM Gemencheh, Negeri Sembilan
  25. MRSM Merbok, Kedah
ranking MRSM

Sekolah Terbaik SPM 2012 Seluruh Malaysia

Sekolah Seri Puteri di sini dinobat sekolah pertama terbaik peringkat Kementerian Pelajaran bagi pencapaian Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), kata Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Bagaimanapun katanya, sekolah tersebut menjadi sekolah kedua daripada 50 buah sekolah terbaik di seluruh negara.

Analisa Keputusan SPM 2012 Mengikut Negeri


Keputusan peperiksaan SPM 2012 telah pun diumumkan hari ini. Seramai 15,793 daripada 472,541 calon berjaya memperoleh A dalam semua mata pelajaran yang diambil. Berikut ialah analisa keputusan SPM 2012 mengikut negeri.

Analisa Keputusan SPM 2012 Negeri Perak
Seramai 1,183 calon Perak memperolehi semua A dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2012 yang diumumkan di Sekolah Menengah Sains Tapah di sini hari ini.
Pengarah Pelajaran negeri, Perak, Muhamat Roli Hassan berkata, Low Yan Qing dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Dato Idris, Pantai Remis dekat sini muncul sebagai pelajar terbaik negeri setelah memperolehi 11A .
Kolej Melayu Kuala Kangsar (MCKK), Kuala Kangsar pula diumumkan sekolah terbaik SPM 2012 Perak.

Analisa Keputusan SPM 2012 Negeri Terengganu
Sebanyak 19 calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2012 negeri ini memperoleh keputusan cemerlang dalam semua mata pelajaran.
Timbalan Pengarah Pelajaran Terengganu, Hashim Mohd. Zin berkata, pencapaian tersebut menunjukkan peningkatan berbanding hanya 15 orang mendapat A (Cemerlang Tertinggi) pada tahun 2011.
Pelajar yang memperoleh 12A ialah Ong Jia Pei dari Sekolah Menengah Kebangsaan Chung Hwa Wei Sin, Kuala Terengganu manakala Calon Berkeperluan Khas (CBK) dari sekolah sama Low Khong Yi mendapat 10A dan 1B.
Beliau menambah, sebanyak enam buah sekolah mencapai keputusan cemerlang dalam SPM kali ini dengan memperoleh Gred Purata Sekolah (GPS) 2.25 ke bawah.
Sekolah berkenaan ialah Sekolah Menengah Sains Sultan Mahmud, SM Imtiaz Besut, Sekolah Menengah Sains Kuala Tererengganu, Sekolah Menengah Agama Atas Sultan Zainal Abidin, Kuala Terengganu, Sekolah Menengah Sains Hulu Terengganu dan Sekolah Menengah Imtiaz Kuala Terengganu.

Analisa Keputusan SPM 2012 Negeri Selangor
Seramai 99 pelajar di Selangor berjaya memperoleh gred Cemerlang Tertinggi A bagi semua mata pelajaran pada Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2012.
Manakala seramai 2,517 calon telah memperoleh kombinasi gred cemerlang (A , A dan/atau A-) pada peperiksaan yang sama.

Analisa Keputusan SPM 2012 Negeri Sarawak
Seramai 35 orang calon dari negeri ini memperoleh prestasi keputusan cemerlang tertinggi dengan mendapat gred A dalam semua mata pelajaran pada peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang diumumkan di sini hari ini.
Pengarah Pelajaran Sarawak, Abdillah Adam berkata, daripada jumlah tersebut, seorang calon mendapat 12A , manakala sembilan orang lagi memperoleh 11A , 18 orang mendapat 10A dan tujuh orang mendapat 9A dalam semua mata pelajaran.

Analisa Keputusan SPM 2012 Negeri Pahang
Seramai 490 orang daripada 22,558 calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) memperolehi semua A di Pahang dalam pengumuman di bilik gerakan Jabatan Pelajaran Pahang, Indera Mahkota di sini hari ini.
Timbalan Pengarah Pelajaran Pahang, Rosdi Ismail berkata, Ayisy Amirul Afti, pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Pahang Muadzam Shah, Rompin dan Chia Wan Chin dari Sekolah Menengah Kebangsaan Padang Saujana, Jerantut muncul pelajar terbaik apabila masing-mempeolehi 11A .
Manakala Sekolah Menengah Sains Tengku Abdullah, Raub muncul sekolah terbaik di negeri ini.

Analisa Keputusan SPM 2012 Negeri Johor
Seramai 1, 391 calon berjaya mendapat keputusan gred cemerlang ( A , A, A-) dalam semua peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2012 yang diumumkan di Pejabat Pelajaran Johor di sini hari ini.
Pengarah pelajaran Negeri Johor, Mohd. Nor A. Ghani mengumumkan, SMK Sultan Ismail dinobatkan sebagai sekolah terbaik kategori sekolah cemerlang di Johor.
Sementara itu, Lim Shi Nie dari SMK Infant Jesus Convent diumumkan sebagai pelajar terbaik keseluruhan apabila memperolehi 11 A.

Analisa Keputusan SPM 2012 Negeri Kedah
Calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2012 bagi neger ini yang memperoleh dalam semua mata pelajaran yang diambil meningkat kepada 690 org berbanding 558 pada tahun sebelum ini.
Pengarah Pelajaran negeri, Mansor Lat berkata, keputusan tahun ini menunjukkan peningkatan sebanyak 2.11 peratus berbanding 1.74 peratus pada tahun 2011.
“Sekolah Menengah Sains Kubang Pasu merupakan sekolah cemerlang bagi negeri ini dengan gred purata sekolah 1.51 dengan seramai 50 pelajar memperoleh semua A dalam mata pelajaran yang diambil,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Analisis Keputusan SPM 2012


Seramai 15,793 daripada 472,541 calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2012 berjaya memperoleh gred A bagi semua mata pelajaran yang diduduki.

Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Abd. Ghafar Mahmud berkata, jumlah itu melibatkan seramai 13,721 calon sekolah Kementerian Pelajaran dan 2,072 calon sekolah bukan di bawah kementerian.
“Di samping itu, seramai 481 calon iaitu 438 calon sekolah kementerian dan 43 calon sekolah bukan kementerian telah berjaya memperolehi gred A bagi semua mata pelajaran yang diduduki,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar pengumuman keputusan SPM 2012 di Putrajaya hari ini.

Sabtu, 16 Mac 2013

TARIKH SEMAK KEPUTUSAN SPM 2012

semak keputusan SPM 2012

 SEMAK KEPUTUSAN SPM 2012 ONLINE

Saat yang mendebarkan untuk semua calon-calon SPM 2012, di mana keputusan SPM 2012 akan keluar pada 20 Mac 2013 nanti. Calon-calon SPM 2012 boleh menyemak keputusan SPM 2012 @ Sijil Pelajaran Malaysia 2012 di sekolah masing-masing bermula pada jam 10 pagi.
Bagi memudahkan calon-calon SPM 2012 selain mengambil terus di sekolah, calon-calon juga boleh menyemak keputusan SPM 2012 melalui dua cara iaitu melalui online dan SMS:

Semakan SPM 2012 melalui online:

  • Pergi ke laman web SAPS saps.moe.gov.my
  • Klik butang Semakan Ibu Bapa yang berwarna Hijau.
  • Masukkan No. Kad Pengenalan atau Sijil Surat beranak dan pilih sama ada Sekolah Rendah atau Sekolah Menengah dan seterusnya klik butang Semak Laporan.
atau terus ke Portal Rasmi Lembaga Peperiksaan Kementerian Pelajaran Malaysia (link masih belum aktik lagi) di bahagian perkhidman – Semak Peperiksaan.

Semakan Keputusan SPM 2012 melalui SMS:

  • Taipkan SPM [No KP] [No Angka Giliran] Hantar ke 15888
  • Contoh format seperti gambar di bawah:
semak keputusan spm 2012

Jumaat, 15 Mac 2013

IMPLIKASI SURAT PEKELILING IKHTISAS KPM KE ATAS PELAKSANAAN SISTEM PENDIDIKAN DAN KUALITI PENDIDIKAN


Tujuan Pekeliling Ikhtisas
  • Garis panduan dan maklumat kepada warga pendidik melaksanakan tugas.
  • Memperjelaskan peraturan sedia ada berkaitan pengurusan kurikulum, aspek profesional lain berhubung pengurusan pendidikan dan keguruan.
  • Membantu pengurusan sekolah membuat keputusan.
Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 13/69, 6/1985 dan 7/2001 Pakaian Guru di Sekolah.
  • Pakaian yang berpatutan - kemas, bersih dan sopan.
  • Rambut kemas
  • Perhiasan muka tidak melampau
  • Tidak boleh pakai jubah
  • Seluar panjang dan baju kemeja(tali leher digalakkan) atau baju melayu.
Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 1/1972 Peraturan-peraturan (Tatatertib Sekolah) Pelajaran, 1959
  • Guru Besar diberi kuasa mengenakan hukuman dera (Corporal Punishment) terhadap murid-murid lelaki dengan menggunakan rotan kecil atas tapak tangan atau punggung yang ada pakaian.
Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 1/1974 : Keselamatan Dalam Makmal
  • Guru Besar diminta mengambil tindakan- tindakan tertentu supaya keselamatan murid di makmal terjamin.
Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 5/1977 :Tugas-tugas Guru Dalam Cuti Penggal Sekolah
  • Guru biasa boleh dipanggil bertugas dalam masa cuti penggal dengan syarat jumlah hari bertugas dalam masa cuti penggal itu tidak melebihi separuh (1/2) daripada jumlah cuti penggal dalam satu-satu tahun.
  • Bagaimanapun Guru Besar hendaklah merancang dan menggunakan budi bicara/kebijaksanaan supaya tidak memanggil guru-guru di pertengahan cuti sekolah.
Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 7/1977 : Pengelolaan Walkaton Di Sekolah-Sekolah (Hendaklah dibaca bersama Bil. 7/1983)
  • Pengelolaan Walkaton adalah dibenarkan dengan syarat-syarat tertentu, iaitu tidak di waktu persekolahan, mendapat persetujuan ibu bapa dan jaminan keselamatan murid.
Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 3/1978: Pengajaran di Kelas-kelas Peperiksaan
  • Guru Besar hendaklah mengutamakan guru terlatih mengajar di kelas-kelas peperiksaan.
Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 8/1978 : Kawad Kecemasan Kebakaran Di Sekolah
  • Latihan kawad kecemasan hendaklah diadakan sekurang-kurangnya sekali dalam satu penggal persekolahan.
  • Notis-notis kebakaran hendaklah dipasang di beberapa tempat strategik.
  • Notis larangan merokok atau pintu kecemasan hendaklah dipamerkan dengan terang.
Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 11/1978 : Hari Kelepasan Peristiwa. 326/62
  • Sekolah dibenarkan mengambil hari kelepasan peristiwa tidak lebih dari 4 hari dalam mana-mana satu tahun.
Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 3/1981 : Penggunaan Waktu Tidak Mengajar / Waktu Luang (Free Period) Oleh Guru-Guru
  • Waktu tidak mengajar adalah masa bekerja.
Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 7/1983 : Garis Panduan Mengenai Pungutan Derma Melibatkan Murid-Murid Sekolah (Hendaklah dibaca bersama Bil. 7/1977)
  • Guru Besar diminta mematuhi garis panduan ini.
  • Murid-murid berumur 16 tahun dan ke bawah tidak dibenarkan terlibat dalam pungutan derma.
Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 4/1984 :Perhimpunan Sekolah (Hendaklah dibaca bersama Bil. 4/ 1984 (Tambahan)
  • Guru Besar hendaklah akur dengan masa dan aturcara perhimpunan.
  • Sekolah tidak dibenar menggunakan perhimpunan sebagai tempat untuk menjalankan hukuman kepada murid, mencaci atau memalukan murid.
Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 2/1985 :Logo/Lencana dan Lagu Sekolah
  • Sekolah boleh mengadakan Lencana/Logo dan lagu sekolahnya.
  • Bagaimanapun kelulusan daripada Pendaftar Sekolah hendaklah diperolehi terlebih dahulu. Logo/Lencana dan Lagu Sekolah
Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 3/1985 : Siaran Maklumat Untuk media Massa
  • Guru Besar/Pengetua/Guru/Kakitangan Sekolah tidak boleh membuat sebarang kenyataan/penjelasan atau ulasan melalui akhbar atau media massa mengenai dasar, peraturan pentadbiran, pelaksanaan dan rancangan masa depan Kementerian/ Sekolah/Pendidikan Negara
Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 5/2001 :Batasan Kuasa Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Di Sekolah
  • Tujuan PIBG ditubuhkan ialah untuk mewujudkan permuafakatan antara ibu bapa dan guru sekolah.
  • PIBG tidak dibenarkan mempengaruhi dan menggugat sistem persekolahan dan perpaduan masyarakat.
  • PIBG tidak boleh jadi jentera untuk menyelesaikan pertikaian antara persatuan dengan pihak sekolah.
Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 4/1986 :Panitia Mata Pelajaran
  • Pihak sekolah dikehendaki menubuhkan panitia mata pelajaran dan menjalankan aktiviti-aktivitinya.
Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 3/1987 :Penyeliaan Pengajaran Pembelajaran Oleh Guru Besar/Pengetua
  • Guru Besar/Pengetua diperingatkan supaya menjalankan penyeliaan pengajaran dan pembelajaran mengikut garis panduan yang ditetapkan.
Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.6/1988: Panduan Tajaan Oleh Syarikat/Badan Perniagaan Di Sekolah
  • Setiap tajaan perlu mendapat kelulusan Pengarah Pendidikan Negeri.
  • Setiap penajaan hendaklah dikenalpasti supaya tidak bercanggah dengan matlamat pendidikan negara dan dasar kerajaan.
Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 7/1988 :Penyertaan Pelajar Dalam Persatuan Sukan Luar
  • Hendaklah mendapat kelulusan Pengarah Pendidikan Negeri terlebih dahulu.
  • Hendaklah mendapat kebenaran bertulis daripada ibubapa.
Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 8/1988 : Keselamatan Diri Pelajar Di Sekolah
  • Sekolah hendaklah sensitif dengan keselamatan pelajar.
  • Garis panduan keselamatan pelajar hendaklah dipatuhi dan dilaksanakan.
  • Keselamatan pelajar adalah tanggungjawab sekolah.

Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 12/1988 : Larangan Menjalankan Jualan Terus Di Sekolah-Sekolah
  • Guru Besar TIDAK BOLEH memberi kebenaran kepada mana-mana syarikat untuk membuat jualan terus/ promosi/ demostrasi/pameran barang-barang.
Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 13/1988 :Pendaftaran Murid/Pelajar Baru dan Hari Pertama 
  •  Persekolahan (Hendaklah dibaca bersama dengan Pekeliling Ikhtisas Bil. 13/1989 dan 10/1998)
  • Pendaftaran murid baru hendaklah dibuat sehari sebelum sekolah dibuka.
  • Hari pertama persekolahan hendaklah berjalan seperti hari biasa yang lengkap dengan pengajaran dan pembelajaran.
Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 15/1988 : (Penyenggaraan dan Keceriaan Sekolah) (Hendaklah dibaca bersama Bil. 5/1988
  • Tindakan boleh dikenakan ke atas Guru Besar / Pengetua jika terus mengabaikan tanggungjawab penyenggaraan dan keceriaan sekolah.
Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 1/1989: Kutipan Yuran PIBG
  • Sekolah tidak dibenarkan memungut yuran PIBG atau yuran tahunan PIBG.
Surat Pekeliling Ikhtisas bil 5/1999: Larangan Terhadap Penglibatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan, Staf Sokongan dan Murid Sekolah Dalam Kegiatan Politik Anti Kerajaan
  • Semua staf dilarang melibatkan diri dalam kegiatan politik anti-kerajaan
  • Sentiasa mematuhi arahan dan peraturan yang dikeluarkan oleh kerajaan yang memerintah (Govt. of the day)
  • Kegiatan berunsur politik dilarang di kawasan sekolah spt mempengaruhi pemikiran murid dengan politik anti-kerajaan
Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 10/1991 : Penggunaan Buku Kerja Di Sekolah Rendah
  • Penggunaan buku kerja di sekolah rendah dibenarkan untuk mata pelajaran
  • Bahasa Melayu
  • Bahasa Inggeris
  • Matematik
  • Bahasa Cina
  • Bahasa Tamil
  • Bagaimanapun penggunaannya hendaklah di luar waktu mengajar.
  • Bil / 2000 (termasuk Sains) dan (hanya tahap 2 sahaja)
Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.10/1991 : Penggunaan Buku Kerja Di Sekolah (KP.BT. 8772/1990/SP/(22)5 Januari 1990
  • Guru tidak dibenar menggunakan buku kerja semasa waktu mengajar dalam kelas.
  • Buku kerja tidak boleh disenaraikan dalam senarai buku-buku yang perlu dibeli oleh murid.
Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 1/1995 : Keselamatan Diri Pelajar Semasa Pendidikan Jasmani dan Kokurikulum
  • Pada setiap masa keselamatan murid hendaklah menjadi pertimbangan utama
  • Tugas guru tentang keselamatan murid hendaklah diperjelaskan.
  • Keselamatan murid adalah tanggungjawab sekolah.
Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 3/1995 : (Pelaksanaan Skim Takaful Kemalangan Pelajar)
  • Guru Besar hendaklah membaca dengan teliti tentang proses membuat tuntutan.
Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 4/1997 : Hukuman Ke Atas Murid Menghisap Rokok
  • Guru Besar hendaklah mengambil tindakan seperti yang ditetapkan.
Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 6/2000: Menangani Masalah Keselamatan, Dadah dan Gengster
  • Guru Besar/Pengetua hendaklah mengambil langkah-langkah yang proaktif supaya sekolah bebas dari insiden yang tidak diingini spt murid diugut, diculik, diperkosa, penglibatan dengan dadah, kegiatan gengster atau triad society .
Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 11/2000: Membanteras Jenayah Di Kalangan Murid Sekolah
  • Sekolah perlu membanteras salah laku disiplin diperingkat awal dan tidak tunggu sehingga keadaan menjadi serius
  • Semua kes salah laku murid tidak dirahsiakan untuk menjaga kredibiliti Guru Besar/Pengetua atau imej dan reputasi sekolah
Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 20/1998 : Tindakan Segera Terhadap Aduan Awam
  • Guru Besar/Pengetua hendaklah dengan segera mengambil tindakan ke atas apa-apa pengaduan awam.
Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 23/1998 : Kebenaran Bagi Murid-Murid Menduduki Peperiksaan Awam
  • Guru Besar/Pengetua tidak dibenarkan sama sekali menyekat mana-mana murid daripada mengambil peperiksaan.
Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 25/1998 : Pelaksanaan Mata Pelajaran Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan
  • Pendidikan Jasmani dan Kesihatan adalah mata pelajaran yang wajib diajar mengikut peruntukaan Akta Pendidikan 1996.
Surat Pekeliling KPPM/5:22 Jun 1998 :
Guru Besar/Pengetua dikehendaki mengajar sekurang-kurangnya 5 waktu seminggu.
  • PK dan Penyelia Petang diperlukan mengajar sekurang-kurang 12 waktu seminggu dan bantu GB
  • Guru Perpustakaan, S/U Sukan dan Guru Media hendaklah mengajar 18 waktu seminggu dan jalan tugas yang ditetapkan
  • Guru Panduan diperlukan mengajar 12 waktu seminggu dan menjalankan kerja-kerja panduan.

Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 2/1999 : Penganjuran Program Motivasi Di Sekolah
  • Jika sekolah ingin menggunakan khidmat pakar motivasi dari luar, kebenaran Pengarah Pendidikan Negeri hendaklah diperolehi terlebih dahulu.
Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 3/1999 : Rekod Pengajaran dan Pembelajaran
       Mengandungi :
          1. Rancangan Pelajaran Tahunan
          2. Rancangan Pelajaran Harian
       Objektif
         - Bagaimanakah cara untuk mencapai objektif
         - Sejauh manakah objektif itu tercapai

Surat pekeliling Ikhtisas Bil. 18/1998 Penggunaan Budi Bicara ketika Mengambil Tindakan.
  • Pertimbangan dan perhatian diperlukan semasa membuat keputusan.
  • Bersikap terbuka, bersedia mendengar pandangan.
  • Perundingan dengan hemah, berdiplomasi dalam suasana harmonis.
IMPLIKASINYA TERHADAP SISTEM DAN KUALITI PENDIDIKAN
  • Memudahkan melaksanakan tugas harian
  • Memudahkan membuat keputusan
  • Memudahkan membuat perancangan
  • Membantu pengurusan menjadi cekap dan berkesan
  • Menyumbang ke arah pendidikan berkualiti bertaraf dunia.

Pekeliling Perkhidmatan Tahun 2009

Semua Pekeliling yang di senaraikan di bawah adalah dalam format PDF

Bagi yang tiada perisian Acrobat Reader, sila muatturun Acrobat Reader:
Adobe Reader
Bil Pekeliling Perkhidmatan Muat Turun
1
Tawaran Opsyen Semula Kepada Pekerja Pihak Berkuasa Berkanun Dan Tempatan Yang Telah Memilih Skim Kumpulan Wang Simpanan Pekerja Melalui Pekeliling Perkhidmatan Pihak Berkuasa Berkenaan Pada Tahun 1977/1978.
Muat turun
2
Larangan Penglibatan Pegawai Awam Dalam Skim Cepat Kaya
Muat turun
3
Dasar Kenaikan Pangkat Bagi Pegawai Yang Sedang Disiasat Dan Telah Dikenakan Hukuman Tatatertib
Muat turun
4
Panduan Penggunaan Kemudahan Alat Komunikasi Mudah Alih Bagi Mempertingkatkan Lagi Kualiti Penyampaian Perkhidmatan Awam
Muat turun
5 Skim Perkhidmatan Pembantu Laut Gred A17, A22, A26 Muat turun
6 Penjumudan Skim Perkhidmatan Pembantu Tadbir Rendah Dan Operator Mesin Prosesan Data Serta Perubahan Syarat Lantikan Skim Perkhidmatan Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) Muat turun
7 Penjumudan Skim Perkhidmatan Jaga Muat turun
8 Penggubalan Skim Perkhidmatan Pegawai Penyediaan Makanan Dan Penambahbaikan Skim Perkhidmatan Tukang Masak Muat turun
9 Perubahan Nama Skim Perkhidmatan Pembantu Perubatan Dan Pembantu Farmasi Muat turun
10 Panduan Memanggil Balik Untuk Bertugas Semula Bagi Pegawai Yang Ditahan Kerja Akibat Prosiding Jenayah Muat turun
11 Perubahan Nama Skim Perkhidmatan Pembantu Teknik Dan Pembantu Teknik Landskap Muat turun
12 Perubahan Skim Perkhidmatan Kurator, Penolong Kurator Dan Pembantu Muzium Muat turun
13 Penjumudan Skim Perkhidmatan Pembantu Rendah Hal Ehwal Islam Muat turun
14

15 Skim Perkhidmatan Penghulu Gred NP27, NP32, NP36, NP40 Muat turun
16 Skim Perkhidmatan Penolong Pegawai Tanah Gred NT27, NT32, NT36 Muat turun
17 Bantuan Khas Kewangan Tahun 2009 Muat turun
18 Dasar Dan Prosedur Mengikuti Kursus Pra Perkhidmatan Bagi Pegawai Sedang Berkhidmat Muat turun
19 Bayaran Insentif Pentadbiran Hospital Muat turun
20 Bayaran Insentif Pegawai Kesihatan Awam Muat turun
21 Peraturan Permohonan Perbelanjaan Kemudahan Perubatan Muat turun
22 Elaun Bahasa Asing Muat turun
23 Dasar Dan Prosedur Peletakan Jawatan Dan Pelepasan Dengan Izin Muat turun
24 Pemanjangan Bantuan Khas Kewangan Tahun 2009 Kepada Pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan Dalam Kumpulan Pengurusan Dan Profesional Muat turun
25 Perubahan Skim Perkhidmatan Pegawai Kanan Polis Dan Pegawai Rendah Polis Dan Konstabel Muat turun
26 Perubahan Skim Perkhidmatan Pegawai Kaji Cuaca, Penolong Pegawai Kaji Cuaca Dan pembantu Kaji Cuaca Kepada Pegawai Meteorologi, Penolong Pegawai Meteorologi Dan Pembantu Meteorologi Muat turun
27 Skim Perkhidmatan Pembantu Setiausaha Pejabat / Setiausaha Pejabat Muat turun
28 Tanggungjawab Pegawai Awam Terhadap Penyampaian Perkhidmatan Awam Berdasarkan Tatakelakuan Pegawai Awam Muat turun
29 Cuti Tanpa Gaji Bagi Pegawai Yang Mengikuti Pasangan Bertugas Atau Berkursus Di Dalam Atau Berkursus Di Dalam Atau Luar Negeri Muat turun
30 Dasar Pengkomersialan Harta Intelek Hasil Penyelidikan Dan Pembangunan (R&D) Yang Dibiayai Oleh Kerajaan Muat turun
Artikel ini dikirim pada hari Sabtu, Januari 31st, 2009, 10:05 am dan difailkan di bawah Pekeliling Perkhidmatan. Anda boleh mengikuti sebarang respons bagi artikel ini melalui suapan RSS 2.0.

Surat Pekeliling Perkhidmatan Tahun 2009 (PINDAAN)

Semua Pekeliling yang di senaraikan di bawah adalah dalam format PDF

Bagi yang tiada perisian Acrobat Reader, sila muatturun Acrobat Reader:
Adobe Reader
Bil Surat Pekeliling Perkhidmatan Muat Turun
1
Pindaan Kadar Bayaran Balik Letak Kereta PINDAAN:
Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 9 Tahun 1991 dan Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 4 Tahun 1992
Muat turun
2
Pemantapan Pengurusan Sistem Penilaian Prestasi Pegawai Perkhidmatan Awam Pembatalan: Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 4 Tahun 2002 Kembaran D dan D1, di Lampiran A2
Muat turun
3
Borang Laporan Penilaian Prestasi Khas Bagi Pegawai Perkhidmatan Awam
Muat turun
4
Kesan Ke Atas Perkhidmatan Bagi Pegawai Yang Diluluskan Cuti Bergaji Penuh, Cuti Separuh Gaji dan Cuti Tanpa Gaji Muat turun
5
Penambahbaikan Kemudahan Cuti Bersalin Pegawai Perkhidmatan Awam Muat turun
6 Pembayaran Imbuhan Tetap Perumahan Kepada Pegawai Perkhidmatan Awam Yang Disediakan Kemudahan Perumahan Yang Tidak Dianggap Sebagai Rumah Kerajaan Di Kawasan Pedalaman Muat turun
7 Kemudahan Cuti Kursus Sambilan (CKS) Kepada Pegawai Yang Mengikuti Pengajian Secara Sambilan Di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) Dalam Negara Muat turun
8 Panduan Pelaksanaan Kaedah Pergerakan Gaji Tahunan Bagi Pegawai Dalam Tempoh Percubaan Muat turun
9 Pertukaran Pelantikan Bagi Pegawai Kumpulan Sokongan Yang Ditempatkan Secara Kader Oleh Kementerian Pelajaran Malaysia Di Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia Muat turun
10 Pelantikan Syarikat Bagi Kemudahan Perlindungan Insurans Kesihatan Kepada Pegawai Perkhidmatan Awam Yang Berada Di Luar Negara Atas Urusan Persendirian Muat turun
11 Pindaan Kadar Elaun Luar Penghulu Muat turun
12 Pelaksanaan Aplikasi Psikologi: Budaya Kerja Pencapaian Diutamakan Muat turun
13 Pengiktirafan Kelayakan Ijazah Sarjana Dan/Atau Ijazah Doktor Falsafah (Ph.D) Bagi Maksud Pelantikan Ke Perkhidmatan Awam Muat turun
14 Kelayakan Sijil Tinggi Agama Malaysia Oleh Lembaga Peperiksaan Bagi Maksud Pelantikan Ke Perkhidmatan Awam
Muat turun
15 Perubahan Syarat Lantikan Skim Perkhidmatan Penolong Pegawai Laut Gred A29, A36, A38
Muat turun
16 Kemudahan Cuti Bersalin Kepada Pegawai Bukan Warganegara Yang Dilantik Secara Kontrak (Contract Of Service) Muat turun
Artikel ini dikirim pada hari Sabtu, Januari 31st, 2009, 10:16 am dan difailkan di bawah Surat Pekeliling Perkhidmatan. Anda boleh mengikuti sebarang respons bagi artikel ini melalui suapan RSS 2.0.