Tanggungjawab Umum
1.
Membantu Pengetua merancang, mengelola
dan melaksanakan program kecemerlangan khusus kepada mata pelajaran berkaitan di
sekolah.
2.
Menggalakkan guru-guru mata-pelajaran
memperbaiki atau membina kompetensi,
sikap, kepimpinan, pengetahuan, kemahiran dan sahsiah dalam pengurusan
kurikulum.
Bidang
tugas
1. Mengetuai panitia mata pelajaran serta menganggotai Jawatankuasa Kurikulum Sekolah.
2. Merancang, dengan kerjasama semua ahli panitia, segala
aktiviti untuk meningkatkan pencapaian mata pelajaran berkaitan termasuk
pencerapan P&P.
3. Menjadi pemudahcara di antara panitia mata pelajaran
dengan semua pihak yang lain mengenai segala hal berkaitan dengan pengajaran
dan pembelajaran dan juga pengurusan mata pelajaran berkaitan.
4. Menyelaras kerja-kerja akademik guru-guru mata pelajaran bagi
kelas-kelas yang berkenaan.
5. Berhubungan erat dengan semua anggota ahli panitia untuk
mendapat tahu tentang kemajuan-kemajuan
yang dicapai, masalah-masalah yang dihadapi dan langkah-langkah yang harus
diambil untuk memperbaiki mutu pengajaran dan pencapaian.
6. Menentukan penggunaan Sukatan Pelajaran yang betul dan
sentiasa mengetahui perubahan yang
berlaku.
7. Mendapatkan naskah Sukatan Pelajaran yang terbaru
daripada Setiausaha peperiksaan/Pengetua.
8. Bertanggungjawab tentang rancangan pelajaran bagi semua
tingkatan serta memberi perhatian berat tentang rancangan kerja
pelajar-pelajar.
9. Menyelaras penyediaan soalan-soalan peperiksaan dan pemeriksaan
kertas jawapan.
10. Membantu
Pengetua memeriksa/menyemak gerakerja pelajar-pelajar dalam mata pelajaran
berkaitan.
11. Mengkaji
dan menganalisa keputusan peperiksaan bagi mata pelajaran berkaitan dan memikirkan cara-cara untuk memajukan
pencapaian dari semasa ke semasa.
12. Membekalkan
buku-buku rujukan guru kepada guru-guru mata pelajaran serta memungut kembali
pada akhir sesi persekolahan.
13. Memberikan
senarai buku mata pelajaran berkaitan yang ingin dibeli untuk perpustakaan
kepada guru perpustakaan/pusat sumber .
14. Mengkaji
dan menentukan jenis-jenis serta bilangan buku kerja/tambahan yang perlu
digunakan oleh pelajar bagi tiap-tiap tingkatan.
15. Mengkaji
buku-buku contoh yang dikirimkan oleh pihak penerbit dan menentukan pemilihan
buku-buku untuk digunakan sebagai buku teks.
16. Mengumpulkan
sekurang-kurangnya dua salinan soalan-soalan peperiksaan dalaman dan luar untuk
dijilidkan dengan baik dan seterusnya menyerahkan kepada Guru Pusat Sumber sebagai bahan rujukan.
17. Menyelenggarakan
dengan sempurna, lengkap dan kemaskini kenyataan khas mata pelajaran berkaitan.
18. Mengadakan
mesyuarat panitia (formal) sekurang-kurangnya sekali sepenggal atau lebih kerap
lagi, jika perlu (atau mengikut takwim sekolah).
19. Melengkapkan
diri dengan perkembangan yang terbaru dalam pendidikan mata pelajaran berkaitan
melalui bacaan, menghadiri kursus/seminar atau mesyuarat yang berkaitan. Dalam perkataan lain, Ketua Panitia Mata
Pelajaran haruslah menunjukkan kepimpinan yang dinamis dan inovatif sebagai
teladan kepada semua ahli panitia.
20. Menjalankan semua arahan yang diberikan oleh Pengetua/GPK
dari semasa ke semasa.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan