Sabtu, 23 Mac 2013

Analisa Keputusan SPM 2012 Mengikut Negeri


Keputusan peperiksaan SPM 2012 telah pun diumumkan hari ini. Seramai 15,793 daripada 472,541 calon berjaya memperoleh A dalam semua mata pelajaran yang diambil. Berikut ialah analisa keputusan SPM 2012 mengikut negeri.

Analisa Keputusan SPM 2012 Negeri Perak
Seramai 1,183 calon Perak memperolehi semua A dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2012 yang diumumkan di Sekolah Menengah Sains Tapah di sini hari ini.
Pengarah Pelajaran negeri, Perak, Muhamat Roli Hassan berkata, Low Yan Qing dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Dato Idris, Pantai Remis dekat sini muncul sebagai pelajar terbaik negeri setelah memperolehi 11A .
Kolej Melayu Kuala Kangsar (MCKK), Kuala Kangsar pula diumumkan sekolah terbaik SPM 2012 Perak.

Analisa Keputusan SPM 2012 Negeri Terengganu
Sebanyak 19 calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2012 negeri ini memperoleh keputusan cemerlang dalam semua mata pelajaran.
Timbalan Pengarah Pelajaran Terengganu, Hashim Mohd. Zin berkata, pencapaian tersebut menunjukkan peningkatan berbanding hanya 15 orang mendapat A (Cemerlang Tertinggi) pada tahun 2011.
Pelajar yang memperoleh 12A ialah Ong Jia Pei dari Sekolah Menengah Kebangsaan Chung Hwa Wei Sin, Kuala Terengganu manakala Calon Berkeperluan Khas (CBK) dari sekolah sama Low Khong Yi mendapat 10A dan 1B.
Beliau menambah, sebanyak enam buah sekolah mencapai keputusan cemerlang dalam SPM kali ini dengan memperoleh Gred Purata Sekolah (GPS) 2.25 ke bawah.
Sekolah berkenaan ialah Sekolah Menengah Sains Sultan Mahmud, SM Imtiaz Besut, Sekolah Menengah Sains Kuala Tererengganu, Sekolah Menengah Agama Atas Sultan Zainal Abidin, Kuala Terengganu, Sekolah Menengah Sains Hulu Terengganu dan Sekolah Menengah Imtiaz Kuala Terengganu.

Analisa Keputusan SPM 2012 Negeri Selangor
Seramai 99 pelajar di Selangor berjaya memperoleh gred Cemerlang Tertinggi A bagi semua mata pelajaran pada Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2012.
Manakala seramai 2,517 calon telah memperoleh kombinasi gred cemerlang (A , A dan/atau A-) pada peperiksaan yang sama.

Analisa Keputusan SPM 2012 Negeri Sarawak
Seramai 35 orang calon dari negeri ini memperoleh prestasi keputusan cemerlang tertinggi dengan mendapat gred A dalam semua mata pelajaran pada peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang diumumkan di sini hari ini.
Pengarah Pelajaran Sarawak, Abdillah Adam berkata, daripada jumlah tersebut, seorang calon mendapat 12A , manakala sembilan orang lagi memperoleh 11A , 18 orang mendapat 10A dan tujuh orang mendapat 9A dalam semua mata pelajaran.

Analisa Keputusan SPM 2012 Negeri Pahang
Seramai 490 orang daripada 22,558 calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) memperolehi semua A di Pahang dalam pengumuman di bilik gerakan Jabatan Pelajaran Pahang, Indera Mahkota di sini hari ini.
Timbalan Pengarah Pelajaran Pahang, Rosdi Ismail berkata, Ayisy Amirul Afti, pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Pahang Muadzam Shah, Rompin dan Chia Wan Chin dari Sekolah Menengah Kebangsaan Padang Saujana, Jerantut muncul pelajar terbaik apabila masing-mempeolehi 11A .
Manakala Sekolah Menengah Sains Tengku Abdullah, Raub muncul sekolah terbaik di negeri ini.

Analisa Keputusan SPM 2012 Negeri Johor
Seramai 1, 391 calon berjaya mendapat keputusan gred cemerlang ( A , A, A-) dalam semua peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2012 yang diumumkan di Pejabat Pelajaran Johor di sini hari ini.
Pengarah pelajaran Negeri Johor, Mohd. Nor A. Ghani mengumumkan, SMK Sultan Ismail dinobatkan sebagai sekolah terbaik kategori sekolah cemerlang di Johor.
Sementara itu, Lim Shi Nie dari SMK Infant Jesus Convent diumumkan sebagai pelajar terbaik keseluruhan apabila memperolehi 11 A.

Analisa Keputusan SPM 2012 Negeri Kedah
Calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2012 bagi neger ini yang memperoleh dalam semua mata pelajaran yang diambil meningkat kepada 690 org berbanding 558 pada tahun sebelum ini.
Pengarah Pelajaran negeri, Mansor Lat berkata, keputusan tahun ini menunjukkan peningkatan sebanyak 2.11 peratus berbanding 1.74 peratus pada tahun 2011.
“Sekolah Menengah Sains Kubang Pasu merupakan sekolah cemerlang bagi negeri ini dengan gred purata sekolah 1.51 dengan seramai 50 pelajar memperoleh semua A dalam mata pelajaran yang diambil,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan