Tujuan Pekeliling Ikhtisas
- Garis panduan dan maklumat kepada warga pendidik melaksanakan tugas.
- Memperjelaskan peraturan sedia ada berkaitan pengurusan kurikulum, aspek profesional lain berhubung pengurusan pendidikan dan keguruan.
- Membantu pengurusan sekolah membuat keputusan.
- Pakaian yang berpatutan - kemas, bersih dan sopan.
- Rambut kemas
- Perhiasan muka tidak melampau
- Tidak boleh pakai jubah
- Seluar panjang dan baju kemeja(tali leher digalakkan) atau baju melayu.
- Guru Besar diberi kuasa mengenakan hukuman dera (Corporal Punishment) terhadap murid-murid lelaki dengan menggunakan rotan kecil atas tapak tangan atau punggung yang ada pakaian.
- Guru Besar diminta mengambil tindakan- tindakan tertentu supaya keselamatan murid di makmal terjamin.
- Guru biasa boleh dipanggil bertugas dalam masa cuti penggal dengan syarat jumlah hari bertugas dalam masa cuti penggal itu tidak melebihi separuh (1/2) daripada jumlah cuti penggal dalam satu-satu tahun.
- Bagaimanapun Guru Besar hendaklah merancang dan menggunakan budi bicara/kebijaksanaan supaya tidak memanggil guru-guru di pertengahan cuti sekolah.
- Pengelolaan Walkaton adalah dibenarkan dengan syarat-syarat tertentu, iaitu tidak di waktu persekolahan, mendapat persetujuan ibu bapa dan jaminan keselamatan murid.
- Guru Besar hendaklah mengutamakan guru terlatih mengajar di kelas-kelas peperiksaan.
- Latihan kawad kecemasan hendaklah diadakan sekurang-kurangnya sekali dalam satu penggal persekolahan.
- Notis-notis kebakaran hendaklah dipasang di beberapa tempat strategik.
- Notis larangan merokok atau pintu kecemasan hendaklah dipamerkan dengan terang.
- Sekolah dibenarkan mengambil hari kelepasan peristiwa tidak lebih dari 4 hari dalam mana-mana satu tahun.
- Waktu tidak mengajar adalah masa bekerja.
- Guru Besar diminta mematuhi garis panduan ini.
- Murid-murid berumur 16 tahun dan ke bawah tidak dibenarkan terlibat dalam pungutan derma.
- Guru Besar hendaklah akur dengan masa dan aturcara perhimpunan.
- Sekolah tidak dibenar menggunakan perhimpunan sebagai tempat untuk menjalankan hukuman kepada murid, mencaci atau memalukan murid.
- Sekolah boleh mengadakan Lencana/Logo dan lagu sekolahnya.
- Bagaimanapun kelulusan daripada Pendaftar Sekolah hendaklah diperolehi terlebih dahulu. Logo/Lencana dan Lagu Sekolah
- Guru Besar/Pengetua/Guru/Kakitangan Sekolah tidak boleh membuat sebarang kenyataan/penjelasan atau ulasan melalui akhbar atau media massa mengenai dasar, peraturan pentadbiran, pelaksanaan dan rancangan masa depan Kementerian/ Sekolah/Pendidikan Negara
- Tujuan PIBG ditubuhkan ialah untuk mewujudkan permuafakatan antara ibu bapa dan guru sekolah.
- PIBG tidak dibenarkan mempengaruhi dan menggugat sistem persekolahan dan perpaduan masyarakat.
- PIBG tidak boleh jadi jentera untuk menyelesaikan pertikaian antara persatuan dengan pihak sekolah.
- Pihak sekolah dikehendaki menubuhkan panitia mata pelajaran dan menjalankan aktiviti-aktivitinya.
- Guru Besar/Pengetua diperingatkan supaya menjalankan penyeliaan pengajaran dan pembelajaran mengikut garis panduan yang ditetapkan.
- Setiap tajaan perlu mendapat kelulusan Pengarah Pendidikan Negeri.
- Setiap penajaan hendaklah dikenalpasti supaya tidak bercanggah dengan matlamat pendidikan negara dan dasar kerajaan.
- Hendaklah mendapat kelulusan Pengarah Pendidikan Negeri terlebih dahulu.
- Hendaklah mendapat kebenaran bertulis daripada ibubapa.
- Sekolah hendaklah sensitif dengan keselamatan pelajar.
- Garis panduan keselamatan pelajar hendaklah dipatuhi dan dilaksanakan.
- Keselamatan pelajar adalah tanggungjawab sekolah.
Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 12/1988 : Larangan Menjalankan Jualan Terus Di Sekolah-Sekolah
- Guru Besar TIDAK BOLEH memberi kebenaran kepada mana-mana syarikat untuk membuat jualan terus/ promosi/ demostrasi/pameran barang-barang.
- Persekolahan (Hendaklah dibaca bersama dengan Pekeliling Ikhtisas Bil. 13/1989 dan 10/1998)
- Pendaftaran murid baru hendaklah dibuat sehari sebelum sekolah dibuka.
- Hari pertama persekolahan hendaklah berjalan seperti hari biasa yang lengkap dengan pengajaran dan pembelajaran.
- Tindakan boleh dikenakan ke atas Guru Besar / Pengetua jika terus mengabaikan tanggungjawab penyenggaraan dan keceriaan sekolah.
- Sekolah tidak dibenarkan memungut yuran PIBG atau yuran tahunan PIBG.
- Semua staf dilarang melibatkan diri dalam kegiatan politik anti-kerajaan
- Sentiasa mematuhi arahan dan peraturan yang dikeluarkan oleh kerajaan yang memerintah (Govt. of the day)
- Kegiatan berunsur politik dilarang di kawasan sekolah spt mempengaruhi pemikiran murid dengan politik anti-kerajaan
- Penggunaan buku kerja di sekolah rendah dibenarkan untuk mata pelajaran
- Bahasa Melayu
- Bahasa Inggeris
- Matematik
- Bahasa Cina
- Bahasa Tamil
- Bagaimanapun penggunaannya hendaklah di luar waktu mengajar.
- Bil / 2000 (termasuk Sains) dan (hanya tahap 2 sahaja)
- Guru tidak dibenar menggunakan buku kerja semasa waktu mengajar dalam kelas.
- Buku kerja tidak boleh disenaraikan dalam senarai buku-buku yang perlu dibeli oleh murid.
- Pada setiap masa keselamatan murid hendaklah menjadi pertimbangan utama
- Tugas guru tentang keselamatan murid hendaklah diperjelaskan.
- Keselamatan murid adalah tanggungjawab sekolah.
- Guru Besar hendaklah membaca dengan teliti tentang proses membuat tuntutan.
- Guru Besar hendaklah mengambil tindakan seperti yang ditetapkan.
- Guru Besar/Pengetua hendaklah mengambil langkah-langkah yang proaktif supaya sekolah bebas dari insiden yang tidak diingini spt murid diugut, diculik, diperkosa, penglibatan dengan dadah, kegiatan gengster atau triad society .
- Sekolah perlu membanteras salah laku disiplin diperingkat awal dan tidak tunggu sehingga keadaan menjadi serius
- Semua kes salah laku murid tidak dirahsiakan untuk menjaga kredibiliti Guru Besar/Pengetua atau imej dan reputasi sekolah
- Guru Besar/Pengetua hendaklah dengan segera mengambil tindakan ke atas apa-apa pengaduan awam.
- Guru Besar/Pengetua tidak dibenarkan sama sekali menyekat mana-mana murid daripada mengambil peperiksaan.
- Pendidikan Jasmani dan Kesihatan adalah mata pelajaran yang wajib diajar mengikut peruntukaan Akta Pendidikan 1996.
Guru Besar/Pengetua dikehendaki mengajar sekurang-kurangnya 5 waktu seminggu.
- PK dan Penyelia Petang diperlukan mengajar sekurang-kurang 12 waktu seminggu dan bantu GB
- Guru Perpustakaan, S/U Sukan dan Guru Media hendaklah mengajar 18 waktu seminggu dan jalan tugas yang ditetapkan
- Guru Panduan diperlukan mengajar 12 waktu seminggu dan menjalankan kerja-kerja panduan.
Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 2/1999 : Penganjuran Program Motivasi Di Sekolah
- Jika sekolah ingin menggunakan khidmat pakar motivasi dari luar, kebenaran Pengarah Pendidikan Negeri hendaklah diperolehi terlebih dahulu.
Mengandungi :
1. Rancangan Pelajaran Tahunan
2. Rancangan Pelajaran Harian
Objektif
- Bagaimanakah cara untuk mencapai objektif
- Sejauh manakah objektif itu tercapai
Surat pekeliling Ikhtisas Bil. 18/1998 Penggunaan Budi Bicara ketika Mengambil Tindakan.
- Pertimbangan dan perhatian diperlukan semasa membuat keputusan.
- Bersikap terbuka, bersedia mendengar pandangan.
- Perundingan dengan hemah, berdiplomasi dalam suasana harmonis.
- Memudahkan melaksanakan tugas harian
- Memudahkan membuat keputusan
- Memudahkan membuat perancangan
- Membantu pengurusan menjadi cekap dan berkesan
- Menyumbang ke arah pendidikan berkualiti bertaraf dunia.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan